Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu kini telah ditranformasi dan diberi wajah baru menjadi sayap yang kreatif dan proaktif dalam menyelesaikan masalah dan isu generasi muda.

NONE Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai "politik khidmat bakti" yang perlu dilakukan pergerakan tersebut.

"Dalam Model Baru Politik, Pemuda tidak seharusnya menjadi entiti yang hanya pandai bercakap dan menolak segala selok belok pelaksanaan kepada Kerajaan.

"Sebaliknya, Pemuda sendiri perlu terlibat secara terus dan aktif dalam merangka dasar dan menyampaikan penyelesaian berkesan melalui program-program kita sendiri.

"Ini kerana, apabila bercakap tentang politik, hanya ada dua perkara yang akan terngiang-ngiang di benak pemikiran orang muda hari ini.  Pertama “What can you do for us?” dan keduanya kepercayaan bahawa “Talk is cheap” atau cakap senang la. Jadi tukang karut sahaja tak guna," katanya.

Dalam ucapan dasarnya yang bertemakan "Memacu Generasi, Melakar Transformasi", Khairy berkata, dalam misi memenangi sokongan generasi muda, pergerakan itu telah memperkenalkan Makmal Pemuda yang menjadi platform untuk generasi muda meluahkan kegusaran dan menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, antara isu yang dibangkitkan ialah perumahan, pendidikan, penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan harga barangan.

'Aspirasi menjadi realiti'

"Kita bersyukur kerana banyak daripada cadangan kita, iaitu Skim Rumah Pertamaku, Dana Belia 1Malaysia dan Majlis Konsultasi Gaji Negara, yang bakal melonjakkan kadar gaji pekerja, telah disisipkan dalam Belanjawan tahun lepas.

"Tambahan lagi, Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bagi memenuhi keperluan perumahan generasi muda telah turut dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Julai lalu.  Kesemua ini adalah contoh ampuh kepada ideologi politik khidmat bakti yang menjadi teras kepada era baru Pergerakan Pemuda hari ini," katanya.

NONE Sehubungan itu, atas prinsip politik khidmat bakti yang menjuarai suara orang muda hinggalah aspirasi menjadi realiti, beliau berkata, Pemuda telah menerajui gerakan ke arah perkembangan kebebasan sivil yang kini menjadi dasar Kerajaan sepertimana saya sebut tadi - ISA, AUKU, tahanan terhad, kebebasan akhbar dan kini kebebasan berhimpun.

Dalam ucapannya juga, Khairy kesal dengan sikap "sesetengah kelompok" yang menyokong konsep "winnable candidate" tetapi sebaliknya beria-ia menunjukkan muka di ambang pilihan raya kerana menganggap diri mereka sebagai calon yang boleh menang.

Beliau menggambarkan kelompok itu bukan sahaja "terang-terang menyokong pembangkang tetapi juga memboikot secara senyap - yang langsung tak buat kerja, yang membawa diri merajuk sepi, yang menghilangkan diri, yang tak keluar mengundi".

"Kita minta tindakan tegas terhadap mereka ini sebagai pembelot kepada parti," tegasnya sambil menambah menyerahkan pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS