Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua: 'Tambang murah' mana MAHB tak faham?
Diterbitkan:  Nov 30, 2011 6:20 PM
Dikemaskini: Dec 1, 2011 1:44 AM

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempertikaikan sama ada Malaysia Airports Bhd (MAHB) memahami konsep ‘tambang murah’.

Ini kerana kos pembinaan KLIA2 bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) meningkat daripada RM2 bilion kepada RM3.9 bilion.

NONE Kemudahan tambahan di KLIA2 termasuk pembinaan bagi menanmpung psawat operasi A380, walkalator (laluan bergerak), sistem automasi pengendalian bagasi, sebuah pusat membeli belah dan empat buah hotel.

"Apa yang MAHB sedang bina adalah sesuatu yang 80 peratus lebih besar daripada terminal sekarang... Ini memberi gambaran bahawa KLIA2 akan menggantikan terminal utama KLIA dan bukannya dijadikan LCCT baru,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Terminal itu dinaikkan taraf daripada dua tingkat kepada sembilan tingkat dengan kos tambahan RM420 juta manakala saiznya diperluaskan sebanyak 130.7 peratus dengan bayaran tambahan RM670 million.

Menurut Pua dengan penaikkan taraf itu, terminal baru berkenaan boleh mengendalikan 45 juta penumpang berbanding 30 juta sebelum ini. KLIA mempunyai kapasiti untuk menampung 25 juta penumpang tetapi kini hanya mengendalikan 18.7 juta orang.

[Baca berita penuh]

ADS