Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, parti itu harus memahami faktor yang menjadi “game changer” atau peneraju cara gaya baru politik negara, atau bakal menempah tragedi.

Katanya, untuk merangka semula “game plan” atau gerakan terancang, realiti baru politik dan kepesatan media baru harus diambil kira.

NONE "Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan.

"Ia berupaya mendatarkan the playing field atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara," katanya dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang bertemakan “Umno menjuarai transformasi” di PWTC pagi ini.

"Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, Umno selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

"Ketiga, Umno juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka.

"Umno tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita," tambahnya.

Najib berkata, selama hampir enam dekad, Umno telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan.

NONE "Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang," katanya.

Jauh sekali, tambah beliau, daripada kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar.

"Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.

"Berbeza dengan Umno, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen.

"Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya

mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini," tambahnya.

NONE "Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam.

"Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju

berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu."

Program Transformasi Luar Bandar dilancar, tegasnya, adalah bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program ransformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia.

"Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat

1Malaysia atau PRIMA," tambahnya. 

[Baca ucapan penuh]

ADS