Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP dakwa kementerian akui produk 1M'sia bermasalah

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa pegawai Kementerian Kesihatan hari ini mengakui bahawa terdapat masalah dengan beberapa produk yang dijual oleh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), di sebalik jaminan yang diberi oleh menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Liow berkata hanya sos tiram ada masalah, dan lain-lain ok.

NONE "Kami telah buktikan sebaliknya," kata Pua dalam Tweet selepas bermesyuarat dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Pua bersama ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini  bertemu dengan kakitangan kementerian berkenaan berhubung aduan mereka mengenai produk yang dijual di kedai-kedai KR1M.

Bagaimanapun Liow tidak hadir pada pertemuan hari ini.

Liow pada sidang akhbar di lobi Parlimen minggu lalu mendakwa bahawa tidak ada sebarang masalah barang-barang runcit yang dijual di rangkaian kedai KR1M di seluruh negara, kecuali kandungan protein rendah pada sos tiram jenama 1Malaysia itu.

[Baca berita penuh]

ADS