Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur
Diterbitkan:  Dec 5, 2011 3:38 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian , hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan “Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian .

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.

[Baca berita penuh]

ADS