Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan gagal beri DAP kerusi di Kelantan
Diterbitkan:  Dec 7, 2011 3:03 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

PAS dan PKR, masing-masing akan mengekalkan 'staus quo' agihan kerusi yang akan mereka tanding pada pilihan raya umum ke-13, akan datang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah PAS akan bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima DUN.

azlan "Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya dipetik Harakahdaily .

Pengumuman itu sekaligus menamatkan harapan satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP yang sedang mengintai beberapa kerusi di negeri berkenaan bagi mengketengahkan calon Melayu parti itu.

Selepas kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, DAP dikatakan memperhebatkan usaha melebarkan pengaruhnya ke kawasan-kawasan pengundi bukan Cina.

DAP sebelum ini dilaporkan mensasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi di kawasan majoriti Melayu di Kelantan dan Terengganu.

Akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan Mohd Amar sebagai berkata, persetujuan mengekalkan 'staus quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu itu dicapai kira-kira dua bulan lalu.

PAS dan PKR juga tidak akan menukar sebarang kerusi tetapi akan bertanding di kerusi seperti yang diperuntukkan pada pilihan raya 2008.

"Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat.

11 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi DUN pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan agihan kerusi di negeri berkenaan berjaya diselesaikan.

ADS