Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat Azmin kerana 'robohkan tembok penjara'?
Diterbitkan:  Dec 7, 2011 4:53 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polisberhubung ucapan yang dibuat beliau pada kongres kebangsaan parti itu di Johor pada akhir bulan lalu.

"Kami belum diberitahu secara khusus, ucapan mana, di mana dan di bawah akta mana yang sedang mereka siasat,” kata pegawai khas Azmin Hilman Idham kepada Malaysiakini hari ini.

Hilman mengesahkan bahawa seorang anggota polis yang dipercayai dari ibu pejabat polis kintigen Johor menghubungi ahli parlimen Gombak itu melalui telefon pada jam 2:20 petang tadi.

NONE Ketika itu, Azmin berada di lapangan terbang, dalam perjalanan ke Sarawak untuk menyelia persiapan untuk jentera pilihan raya PKR di negeri itu dan menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya.

Azmin juga pengarah pilihan raya PKR.

Hilman berkata belum ada tarikh baru yang ditetapkan untuk Azmin memberi keterangannya kepada polis di Johor tetapi sekiranya, pihak berkuasa mahu melaksanakan tugas itu dengan segera, mereka mesti menemubual beliau di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak disebut ucapan mana oleh Azmin yang menimbulkan masalah dengan pihak polis, namun dipercayai ia adalah berkaitan dengan ucapan kontroversinya bahawa PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

[Baca berita penuh]

ADS