Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penulis blog kontroversi pro-Umno, Papagomo menaiki kapal selam scorpene KD Tun Razak semalam bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05 Dalam tulisan di blognya hari ini bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo

berkata ketua menteri itu membuat kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, yang dinaikinya atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau memetik laporan Malaysiakini semalam, memetik Lim sebagai berkata beliau tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam itu.

"Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan?" soalnya sambil menambah bahawa setiausaha agung DAP itu mengakui keupayaan KD Tun Razak namun "cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene pula diakhir ayatnya".

Papagomo turut menyiarkan di blognya gambar-gambar semasa berada dalam kapal selam tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS