Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno cabar DAP letak calon Melayu di K'tan
Diterbitkan:  Dec 10, 2011 3:07 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Badan Perhubungan Umno Kelantan mencabar DAP supaya turut meletak calonnya di kalangan orang Melayu untuk bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13.

    

Timbalan pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa selama ini yang berkuasa di kalangan pembangkang adalah DAP dan bukan PAS atau PKR.

    

"Kita setuju DAP bertanding di Kelantan biar rakyat Kelantan menilai nak DAP atau Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas menutup program memperkasakan ukhuwah di kalangan penduduk di Kampung Kubang Telaga, di Bachok hari ini.

    

Seramai 84 mahasiswa pengajian jarak jauh (PJJ) menyertai program anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas cadangan DAP yang berhasrat untuk meletakkan calon Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu, pada pilihan raya umum ke-13.

    

Hasrat DAP itu disahkan Pesuruhjaya PAS III Selangor, Khalid Abdul Samad dengan mengakui cadangan DAP itu dibincangkan dalam mesyuarat bersama PAS dan PKR.

    

Awang Adek, yang juga timbalan menteri kewangan, berkata cadangan itu akan memperjelaskan dakwaan yang dibuat oleh Umno selama ini bahawa parti yang benar-benar berkuasa di kalangan pakatan pembangkang iaitu DAP.

    

Katanya cadangan itu juga membuktikan DAP ingin menguasai semua negeri dan berhasrat ingin memerintah negara ini dengan mengetepikan rakan-rakannya dalam pakatan itu.

    

"Kita ucapkan selamat datang dan bersedia menentangnya pada bila-bila masa," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS