Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SUPP di ambang perpecahan, Chin dilantik presiden baru

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai presiden barunya, selepas pemilihan yang dipulaukan oleh puak saingannya yang diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh.

NONE Perkembangan terbaru itu dijangka menyaksikan senario semakin buruk bagi SUPP setelah dibelasah teruk pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Wong ( kanan ) dan konco-konconya dikatakan akan meninggalkan SUPP untuk membentuk sebuah parti baru tidak lama lagi, yang dikenali sebagai Parti Keamanan Sarawak.

Khamis lalu, Wong dan beberapa pemimpin parti lain mendesak jawatankuasa kerja pusat untuk menangguhkan pemilihan yang dijadualkan pada hari ini, memandangkan terdapat aduan yang meluas mengenai penipuan undi.

Ini bagaimanapun diketepikan oleh pihak setiausaha agung dan jawatankuasa pusat pemilihan. Puak Wong yang tidak berpuas hati, kemudiannya mengumumkan memulaukan pemilihan berkenaan.

Semalam, persidangan perwakilan tiga tahun sekali parti itu diteruskan dengan hanya 327 daripada 557 perwakilan parti yang hadir.

NONE Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merasmikan mesyuarat itu, semalam, mengakui SUPP menghadapi masalah dan berharap ia tangani segera kerana BN akan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Perpecahan dalam SUPP dijangka mengeruhkan lagi peluang parti itu pada pilihan raya umum yang akan datang kerana puak Wong turut dianggotai oleh semua enam ADUNnya dan seorang ahli parlimen.

SUPP dijangka bertanding lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Chin, 66, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, beliau berterima kasih kepada perwakilan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak itu.

peter chin "Saya gembira dengan pemilihan hari ini dan pastinya selepas ini, tugas saya adalah lebih mencabar untuk memperkuatkan semula SUPP dan saya juga akan turun ke bawah untuk berjumpa pemimpin di akar umbi," katanya kepada pemberita.

Mengulas nasib Wong, beliau berkata ada beberapa jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang masih kosong dan ia mungkin ditawarkan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak itu dan beberapa lagi pengikutnya, jika mereka mahu menerima.

Chin berkata, beliau sendiri akan cuba mendekati semula kumpulan Wong yang disertai Anggota Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King dan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Datuk Lee Kim Shin (Senadin), Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) serta Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili) bagi memastikan mereka setia dan kekal dalam SUPP.

Chin berkata, barisan baru CC yang diumumkan hari ini juga penting dalam meneruskan pelaksanaan pelan tranformasi dalam parti sebagaimana yang digariskan sebelum ini.

"Apa yang paling penting adalah untuk memastikan SUPP kekal dalam BN untuk memperkuatkan lagi BN di peringkat negeri dan pusat," katanya.

richard riot Dalam pada itu, timbalannya, Datuk Richard Riot, berkata pemilihan beliau merupakan satu penghormatan kepada anggota bukan bumiputera dalam SUPP.

Beliau berkata, ia adalah sejarah baru kepada parti dan selepas ini, tumpuan akan dilebihkan terhadap usaha membantu presiden memperkukuhkan lagi dalaman SUPP sebelum mempersiapkan parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Bagi saya, masalah dalam parti perlu diselesaikan secara dalaman dan memboikot bukan cara terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah," katanya.

Berikut adalah senarai penuh anggota Jawatankuasa Pusat (CC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tempoh 2012 hingga 2014;

    Presiden - Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

    Timbalan Presiden - Datuk Richard Riot anak Jaem

    Naib Presiden - Datuk Lily Yong Lee Lee

    Naib Presiden - Tan Joo Phoi

    Naib Presiden - Andy Chia Chu Fatt

    Naib Presiden - (Kosong)

    Naib Presiden - (Pemuda) - Tan Kai

    Naib Presiden - (Wanita) - Tnay Li Ping

    Setiausaha Agung - Dr Sim Kui Hian

    Timbalan Setiausaha Agung - Mathew Chen Thin Kong

    Timbalan Setiausaha Agung - Ding Kuong Hiing

    Penolong Setiausaha Agung - Choo Chang Yee

    Penolong Setiausaha Agung - Teng Ung Woo

    Penolong Setiausaha Agung - Karambir Sing Honey

    Penolong Setiausaha Agung - Dr Chew Kian Ping

    Bendahari - Datuk David Teng Lung Chi

    Penolong Bendahari - Bong Lian Huan

    Setiausaha Penyelaras - Datuk Alfred Yap Chin Loi

    Penolong Setiausaha Penyelaras - Jimmy Chong Jin Huat

    Setiausaha Publisiti dan Penerangan - Datuk Sebastian Ting Chiew Yew

    Penolong Publisiti dan Penerangan - Sim Hua Tong

 

ADS