Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sanggup memikul tanggungjawab menyatukan orang Melayu seperti label "penyelamat" Melayu dan Islam yang diberikan akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu.

NONE Katanya, sekiranya beliau dianggap mampu berbuat demikian, beliau rela memikul amanah itu kerana perpaduan sentiasa menjadi misinya sejak berada dalam kerajaan dan sebagai pakar motivasi sehinggalah menjadi ahli politik.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor berkata demikian pada  sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya lagi tentang agenda perpaduan Umno dan PAS, beliau berkata, walaupun ada pihak menyalahkannya dan tidak melihat kesatuan itu, ia akan terus digiatkan pada masa depan.

islam hadari pas and umno 051004 Beliau juga berharap akan dinamakan untuk berkidmat di peringkat jawatankuasa lebih tinggi bagi membincangkan isu perpaduan nasional.

Katanya, jawatankuasa akan memberikan kesan terbaik jika dilakukan di peringkat pusat seperti Jabatan Perdana Menteri.

Hasan berkata, beliau telah menelan perbagai penawar setelah diuji dengan skala kecil dan percaya mampu membantu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

ADS