Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Saya tak dapat sebarang habuan dari projek Lynas
Diterbitkan:  Dec 12, 2011 6:02 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau dan anggota exco kerajaan negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

bukit komon gold mine 020306 adnan pc "Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini.

Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang  yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya penduduk di Kuantan.

Adnan berkata tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak "berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan.

Politik sempit

Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu.

"Tak eloklah dedah semua, dedah sedikit-sedikit baru seronok," kata beliau.

azlan Pada sesi penggulungan itu, Adnan turut menangkis tohmahan berhubung pembinaan kilang berkenaan yang disifatkan beliau sebagai pembohongan demi kepentingan politik sempit.

Beliau berkata soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi itu dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Katanya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat.

"Malangnya, ianya masih diputar belitkan oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat," kata Adnan.

- Bernama

ADS