Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Naib presiden PAS lawan Ibrahim Ali di Pasir Mas?
Diterbitkan:  Dec 14, 2011 1:47 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

PAS dilaporkan akan mengketengahkan naib presidennya Salahuddin Ayub di kerusi parlimen Pasir Mas dalam usaha  menumbangkan presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew Daily yang memetik sumber, jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan telah melengkapkan senarai awal calon-calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONE Ia menyatakan bahawa Salahuddin, yang kini ahli parlimen Kubang Kerian akan diletakkan di Pasir Mas.

Laporan itu juga menyebut senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Syura PAS untuk dimuktamadkan.

Pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan mengalahkan calon Umno. Beliau bagaimanapun berpaling tadah dan menjadi Bebas dan menubuhkan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang condong menyokong BN, khususnya Umno.

Jika PAS bertanding di Pasir Mas, besar kemungkinan, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Umno juga akan menyertainya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Ibrahim dalam reaksi segeranya menggambarkan seolah-olah tidak kisah tentang keputusan itu.

"Sesiapa saja PAS letak calon parlimen Pasir Mas, itu hak PAS," katanya ringkas melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini.

ADS