Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isteri MB menang kes, BALKIS dibenar bergerak
Diterbitkan:  Dec 16, 2011 3:33 PM
Dikemaskini: 5:42 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS) dibenarkan kembali bergerak setelah pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2009 berhubung dakwaan salah guna dananya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas menemui peguam S Selvarajah, yang mewakili pemohon-pemohon, dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili ROS.

Pemohon terdiri kerajaan negeri Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut iaitu isteri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd.

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208 Mereka telah memohon agar satu semakan kehakiman dibuat berhubung keputusan ROS yang membatalkan pendaftaran BALKIS. Mereka mahu agar BALKIS dibenarkan kembali bergerak.

BALKIS pernah dituduh oleh Khalid telah menyalahgunakan kewangannya semasa di bawah presidennya yang dahulu, Datin Seri Zaharah Kechik ( gambar kanan ), iaitu isteri Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Selvarajah memberitahu pemberita bahawa Hakim Rohana membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa Salbiah mempunyai locus standi dalam membuat permohonan itu.

"Mahkamah mendapati bahawa beliau berhak untuk memikirkan bahawa beliau layak daripada segi perlembagaan BALKIS menjadi Yang Dipertua kerana beliau adalah isteri Menteri Besar," katanya.

Selvarajah berkata mahkamah menolak permohonan pihak lain kerana tidak mempunyai locus standi memandangkan mereka ini hanyalah penyumbang kepada Balkis.

- Bernama

ADS