Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.

NONE Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.

"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.

Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".

Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.

[Baca berita lanjut]

ADS