Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lynas iklan di media untuk reda kebimbangan
Diterbitkan:  Dec 22, 2011 3:42 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Melalui iklan yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan hari ini, syarikat memproses nadir bumi Lynas (LAMP) memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa standard yang lebih ketat dikuatkuasa dan "ini tidak memungkinkan kes Bukit Merah berulang".

NONE Dalam iklan separuh halaman di akhbar The Star, Berita Haran,

Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh dan China Press , Lynas berkata LAMP berbeza sama sekali dengan loji nadir bumi di Bukit Merah.

"Loji di Bukit Merah memproses monazit daripada sisa lombong timah yang sangat berbeza kepada daripada nadir bumi yang kami proses," katanya.

Buat masa ini, katanya, terdapat standard yang lebih ketat dikuatkuasakan dan menurut Lynas, ini tidak memungkinkan kes Bukit Merah berulang.

Kilang Bukit Merah, yang dikendalikan oleh syarikat Jepun - Mitsubishi Kimia - dari tahun 1980-an hingga awal 1990-an, dipersalahkan atas penyebaran keracunan radiasi di Bukit Merah disebabkan apa yang didakwa ekoran pengurusan yang lemah sisa radioaktif yang dihasilkan daripada pemprosesan tahi bijih timah untuk mengekstrak nadir bumi.

Menurut Lynas lagi, ia membuka perniagaannya di Malaysia atas sebab-sebab ekonomi.

"Gebeng mempunyai sebuah taman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan pelabuhan yang baik, bahan kimia bergred tinggi, tenaga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik.

"Lynas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah loji pemprosesan di Australia, tetapi telah memilih Malaysia kerana ia memudahkan kami untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan global kami," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS