Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat
Diterbitkan:  Dec 29, 2011 5:16 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.

    

Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

    

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    

Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000.

    

Bagaimanapun Hakim Zurina Mohamed Nor, yang bertindak sebagai majistret, menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

- Bernama

ADS