PERKASA Cawangan Kulim hari ini membuat laporan polis membantah keras tindakan pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram "Kempen Bebaskan Anwar 901" di ibu negara pada 9 Januari ini.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusinya Abdul Hamid Osman berkata di Balai Polis Kulim.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Abdul Hamid yang juga bekas pemimpin PKR Padang Serai berkata perhimpunan itu dibimbangi akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan keselamatan negara.
- Bernama
