Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti dan saksi yang menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah ( bawah ) yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.

NONE "Kita percaya siasatan secara bebas untuk menentukan kejadian sebenar yang berlaku... Dan kita juga ada video dan gambar yang jelas menunjukkan mereka (polis) telah bertindak ganas dalam meleraikan himpunan tersebut.

"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru.

Bercakap dalam sidang media di depan IPD itu, Fadiah turut mempersoalkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu memartabatkan demokarasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

'Penipuan' Najib

Sebaliknya, Fadiah menyifatkannya sebagai "satu penipuan" jika ianya dilihat kepada insiden yang menimpa mahasiswa yang berhimpun di hadapan universiti berkenaan.

"Kita lihat bagaimana mahasiswa dipijak, disepak pada hari berkenaan. Inikah yang dikatakan oleh Najib untuk menjunjung nilai-nilai demokrasi dan hak asasi. Ini adalah satu penipuan," katanya.

smm protest in sultan idris university 010112 muhammad safwan anang Katanya, Malaysia telah menerima prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan polis tidak boleh menggunakan kekerasan atau menggunakan kekerasan pada tahap minumum dalam satu perhimpunan.

"Tapi bila kita tengok dalam kes ini, pelajar langsung tidak bersenjata, mereka hanya mempunyai suara untuk menyatakan tentang kebebasan akademik.

"Tetapi mereka dipijak oleh lebih 200 pihak polis, dipukul dan diterajang dan tidak diberikan bantuan perubatan dan guaman. Adakah ini berpatutan?" dakwa Fadiah.

Sehubungan itu, mahasiswa berkenaan membuat laporan polis supaya kerajaan bertanggungjawab berhubung perkara tersebut dan mendakwa polis yang terlibat ke muka pengadilan.

ADS