Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA tidak membuat sebarang aduan berhubung dakwaan salah guna wang zakat kerana ia merupakan isu yang sedang berjalan, kata presidennya Ibrahim Ali.

Dakwanya, isu itu berbeza dengan reaksi mereka terhadap ucapan hari Natal oleh paderi Eu Hong Seng yang dituduhnya merupakan isu nasional dan boleh menyebabkan permusuhan kaum.

NONE Bercakap paad sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim berkata, isu seperti dakwaan salah guna wang zakat, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan dakwaan melibatkan menantu menteri besar Kelantan merupakan isu berterusan yang melibatkan kerajaan.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau hanya akan memilih isu bersangkutan dengan keselamatan negara dan menyerahkan isu lain kepada NGO lain.

PERKASA pada 29 Disember lalu membuat laporan polis terhadap Ee sebagai pemimpin National Evangelical Christian Fellowship dengan mendakwanya mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu.

Mengulas komen oleh pembaca Malaysiakini mengenai sikap membisu PERKASA berhubung dakwaan salah guna wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua pegawai kerajaan yang lain, Ibrahim berkata bukan kerja mereka melakukan segala-galanya.

"Jika saya terpaksa buat laporan mengenai segala-galanya, saya kena buat rumah saya di depan balai polis. Saya ada perkara lain yang perlu dilakukan. Saya ada kerja dan saya juga sibuk seperti Perdana Menteri.

"PERKASA tidak boleh melakukan segala-galanya, jadi biar kita bekerjasama ... jika awak sayangkan negara dan berjuang untuk tadbir urus yang baik, mengapa tunggu PERKASA? Buat laporan dulu dan minta PERKASA menyokongnya, " kata Ibrahim.

[Baca berita penuh]

ADS