Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Desakan tahan Taib: Interpol serah kepada polis M'sia
Diterbitkan:  Jan 4, 2012 11:03 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Menurut kenyataan akhbar oleh BMF, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".

azlan "Sekiranya anda ingin memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang dinamakan itu, anda dinasihati supaya menghubungi polis negara berkenaan dan / atau badan kehakimannya."

Menurut BMF, maklumat laman web Interpol, menyebut NCB bagi Malaysia secara langsung terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negara.

Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain yang berpangkalan di enam negara menggesa Malaysia untuk menangkap Taib dan 13 ahli keluarganya atas dakwaan "salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah".

Sepucuk surat 10 halaman memperincikan tuduhan-tuduhan terhadap mereka dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia melalui pos berdaftar, tetapi menurut BMF, pihak berkuasa gagal memberikan jawapan.

Siasatan BMF menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di 25 negara dengan nilai yang dianggarkan ratusan bilion dolar Amerika.

[Baca berita penuh]

ADS