Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu tindakan diambil terhadap pengurus-pengurus Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kerana didakwanya gagal mendedahkan maklumat penting tentang tapak KLIA2 sehingga menyebabkan kos projek itu melambung.

tony pua pc on klia2 issue 141211 01 Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua berkata perkara itu tidak dinyatakan semasa pembentangan MAHB kepada jawatankuasa pemandu kerajaan dalam satu mesyuarat pada bulan April 2008.

Pua mendakwa, terdapat rujukan khusus terhadap pemindahan tapak dari KLIA Utara ke KLIA Barat, tetapi tiada sebab yang baik diberikan mengapa tapak itu dipindahkan.

Menurutnya lagi, dalam pembentangan pada 15 April 2008, tidak disentuh mengenai sebab-sebab yang dinyatakan dalam pelan induk (1992 KLIA) mengapa KLIA Barat tidak sesuai.

NONE Pada tahun 2007, MAHB memberitahu pegawai-pegawai kerajaan bahawa tapak barat - di mana ia membina KLIA2 hari ini - adalah tidak sesuai kerana ia merupakan tanah liat marin tepu dengan tindihan tanah gambut marin yang lemah kapasiti menanggung  beban.

Tahun lalu, Pua membangkitkan bahawa keperluan untuk menangani keadaan tanah tersebut, telah menyumbang kepada sebahagian besar peningkatan RM2.2 bilion kos projek itu, serta kelewatan dalam pembinaannya.

[Baca berita penuh]

ADS