Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis akan dibekalkan bukti penyelewengan projek lembu

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli akan menyerahkan dokumen asas berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis petang ini.

Katanya, beliau bersetuju hadir dan memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana jam 3 petang ini.

NONE "Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang tidak kenali.

"Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC.

"Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri," katanya dalam sidang media ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau juga mengedarkan salinan transaksi akaun bank- yang diberikan oleh orang yang tidak dikenalinya - kepada para wartawan.

Katanya, transkasi tersebut bertarikh 5 Januari hingga 31 Disember 2009 yang dikirim melalui emel. Sebanyak 1,999 transaksi direkodkan.

NONE Rafizi berkata sejak skandal ini dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen yang digunakan oleh PKR dalam meneliti segala penyelewengan dalam NFC.

"Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada PKR

"Siasatan lain dijalankan sendiri oleh PKR berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi yakin polis dan SPRM sepatutnya "tidak mempunyai apa-apa masalah" untuk mendapatkan bukti secepat mungkin bagi mendakwa mereka yang terlibat dalam kes ini.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama juga, Rafizi mendesak pihak berkuasa menyiasat "sehingga ke peringkat tertinggi" penglibatan dan kecuaian pimpinan kerajaan dalam isu ini.

azlan Beliau mendesak siasatan terhadap penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menaugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri.

Siasatan juga perlu dibuat terhadap Timbalan Perdana Mneteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian dan asas tani ketika itu "meluluskan projek penternakan fidlot tanpa mengira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalan".

ADS