Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permas pula anjur 'Himpun Keadilan Untuk Saiful'
Diterbitkan:  Jan 5, 2012 5:25 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

NONE Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Zulkifly berkata, Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang.    

azlan Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak pula berkata demonstrasi oleh penyokong-penyokong Anwar tidak sepatutnya diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan konflik sosial dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang Melayu.

"Ia bertentangan dengan budaya rakyat negara ini dan dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya.

Di Kelantan, Umno Bahagian Pasir Mas dan lima NGO di jajahan itu hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat itu.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ahmad Rosdi Mahmad berkata perhimpunan haram itu dianggap cuba mencabar kewibawaan undang-undang.

- Bernama

ADS