Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan Ali arah JAIS siasat Badrul Amin
Diterbitkan:  Jan 6, 2012 8:26 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Hasan Ali meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya memanggil penceramah agama Badrul Amin Bahron.

NONE Beliau berkata ini berhubung klip ceramahnya yang seolah-olah menyamakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.

Beliau berkata tindakan itu perlu bagi JAIS meneliti teks ceramah dan mendengar sendiri penjelasan Badrul Amin yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam berhubung isu itu.

"Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, petang semalam.

Hasan berkata Badrul Amin tidak sepatutnya mengagungkan seseorang dengan mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang mendengarnya.

Katanya, Badrul Amin perlu menjelaskan kenyataannya mengenai perkara itu bagi menjaga nama baik dan reputasinya selaku pendakwah serta penceramah yang disegani.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Badrul Amin yang seolah-olah mengaitkan Anwar sebagai Imam Mahdi apabila merujuk Anwar sebagai pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam atau paling tidak menyatukan dunia Arab.

Badrul Amin membuat kenyataan itu dalam satu ceramah dan video ceramah tersebut yang dimuat naik ke Internet pada Disember lalu.

Sementara itu, Hasan berkata hotel bajet dikenal pasti sebagai sarang maksiat paling popular di Selangor berdasarkan operasi yang diadakan menjelang tahun baru Sabtu lalu.

Beliau berkata 234 orang iaitu 119 pasangan terdiri daripada 127 lelaki dan 107 perempuan ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet di sembilan daerah di Selangor.

Katanya, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 50 tahun termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini.

prostitution, desa mentari, police raid Hasan berkata JAIS turut menjalankan operasi di sebuah hotel bertaraf lima bintang di negeri itu dan 10 orang ditahan kerana minum minuman keras manakala 46 lagi dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling.

"Saya masih menunggu laporan penuh dari semua daerah berhubung pemeriksaan diadakan dan beberapa cadangan langkah mencegah akan dibuat serta perkara ini juga akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri termasuk memantau operasi hotel bajet," katanya.

- Bernama

ADS