Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RPK sedia pulang jika kebebasannya dijamin
Diterbitkan:  Jan 7, 2012 2:39 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Penulis blog Raja Petra Kamarudin berkata beliau sedia menamatkan kehidupan dalam buangan dan pulang ke Malaysia jika dijamin kebebasannya di negara ini.

raja petra exile new scotland yard Dalam temubual melalui e-mel dengan Malaysiakini semalam, Raja Petra berkata walaupun tiada waran tangkap dikeluarkan

terhadapnya tetapi dia bimbang mungkin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika pulang ke Malaysia.

Raja Petra ditahan dua kali di bawah ISA pada tahun 2001 dan 2008. Pada tahun 2009, beliau hidup dalam buangan atas alasan dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia selepas pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan hasutan dan fitnah jenayah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kemudian, mahkamah terpaksa melepas tanpa membebaskannya. Ini bermakna dia boleh didakwa atas tuduhan yang sama sekiranya dia pulang ke Malaysia.

Mengenai kritikan terhadap temubualnya dengan media arus perdana baru-baru ini, Raja Petra menafikan bahawa tindakannya itu telah melemahkan pihak pembangkang.

"Saya tidak boleh melemahkan pembangkang. Saya bukan seberkuasa itu. Jika saya boleh merosakkan pembangkang maka saya akan lebih berkuasa daripada perdana menteri. Malah, beliau pun gagal melemahkan pembangkang.

"Satu-satunya cara pembangkang boleh dilemahkan ialah jika mereka melemahkan diri mereka sendiri," katanya, tetap enggan mendedahkan siapa yang mengatur temubual kontroversinya, yang diadakan di Singapura.

Raja Petra, yang kini dipercayai berada di Chiang Mai, Thailand, juga menafikan dakwaan bahawa Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diasaskannya, telah ditinggalkan oleh penyokongnya, termasuk presiden pengasasnya, Haris Ibrahim, selepas temubualnya itu disiarkan.

Bagaimanapun, Raja Petra menafikan telah beralih soongan, tetapi sebaliknya menegaskan bahawa dia tetap setia berpegang kepada perjuangan untuk menumbangkan Umno sepanjang sembilan pilihan raya - dari 1974 hingga 2008.

[Baca berita penuh]

 

ADS