Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Segalanya belum muktamad
Diterbitkan:  Jan 9, 2012 1:19 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA berkata, walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, "proses keadilan belum selesai" sekiranya pendakwaan mahu merayu.

NONE Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, masih terdapat proses lain melibatkan Mahkamah Rayuan yang mempunyai tiga hakim dan Mahkamah Persekutuan dengan tiga hingga tujuh hakim.

"Jadi segala gala nya belum muktamad," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat Saiful pada 2008 kerana hakim mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan pengadu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, mahkamah tidak dapat mensabitkan ahli politik berumur 64 tahun itu dengan pertuduhan semata-mata berdasarkan kepada keterangan Saiful.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, setelah selesai proses itu, semua pihak mesti menerima kententuan Allah "sama ada di dunia atau di akhirat".

"Oleh itu semua pihak hendaklah bersabar dan sentiasa membantu menjamin keamanan negara dan sentiasa menghormati undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

NONE PERKASA juga menyerus semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak membuat huru hara dan mendahului mahkamah.

"Sebelum ini ada pihak terang-terang tuduh mahkamah berat sebelah, konspirasi dan mahu rakyat jadi hakim. Apa mereka mahu kata sekarang. Apakah mereka tidak percaya kepada keadilan Mahkamah.Jika tidak serah kepada mahkamah rakyat," katanya.

ADS