Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG bantah permohonan semakan Seksualiti Merdeka
Diterbitkan:  Jan 10, 2012 3:26 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penganjur Seksualiti Merdeka berhubung larangan polis terhadap program anjurannya November lalu.

NONE Bantahan itu ditimbulkan di  di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Bahagian Kuasa-kuasa Khas), Datuk Rohana Yusuf.

Berikutan bantahan awal yang difailkan oleh timbalan pendakwaraya kanan persekutuan Noor Hisham Ismail, permohonan kebenaran untuk semakan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 21 Februari.

Pemohon - Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) - diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean dan Chew Siew Ting.

Mereka menamakan timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar sebagai responden.

NONE Khalid pada sidang akhbar pada bulan November lalu berkata undang-undang negara tidak mengiktiraf mana-mana "aktiviti sesat" yang boleh menghancurkan amalan kebebasan beragama di negara ini.

Dalam permohonan semakan kehakiman, penganjur festival berkata, mereka tidak diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum polis membuat keputusan mengharamkan majlis berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS