Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.

NONE PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.

    

Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Siti Nurhaliza sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.

    

Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya di Jakarta kelmarin.

Filem Kekuatan Cinta, kata Iwan adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia.

    

Ia mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu.

 

siti nurhaliza in london 280304 signing autograph at colindale Keunikan filem ini ialah pemaparan adegan percintaan antara lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.

    

Iwan dan Pengarah Utama PT Kentfilms Production, Edy AS sebelumnya mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya di sini bagi meminta pandangan mengenaikemungkinan menjalinkan kerjasama dalam penerbitan filem itu dengan syarikat penerbitan dan karyawan filem dari Malaysia.

Iwan berkata pihaknya menyambut baik jika ada syarikat penerbitan filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya untuk menghasilkan filem itu, demi faedah kedua-dua negara.

ADS