Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ANAK - NGO berkaitan PAS yang berjuang melindungi hak peneroka Felda - menyuarakan kebimbangan yang mendalam tentang dakwaan percubaan menyogok perwakilan ke mesyuarat agung luar biasa (EGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) pada 8 Februari depan.

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendakwa, pihaknya mendapat tahu mengenai beberapa individu yang menemui para perwakilan berkenaan.

NONE Beliau berkata, pihaknya bimbang sogokan ditawarkan kepada

perwakilan supaya menyokong penyenaraian Felda Global Ventures (FGV).

Mazlan menggesa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) supaya memantau keadaan tersebut bagi mengelak percubaan sedemikian.

KPF adalah salah sebuah koperasi terbesar di negara ini dengan dana bernilai RM1.46 bilion serta lebih 200,000 ahli.

Mazlan mendakwa, durian runtuh akan dibayar sekiranya FGV disenaraikan, dan ini akan dimumkan bagi menarik sokongan terhadap langkah tersebut apabila EGM itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa,  pembayaran itu akan dibuat daripada 6 peratus ekuiti KPF sendiri yang akan akan dibubarkan untuk tujuan tersebut.

Oleh itu, katanya, pembayaran itu bukanlah durian runtuh, tetapi wang mereka sendiri.

Menurut Mazlan lagi, pihaknya bimbang wang peneroka sendiri yang akan digunakan untuk memperdayakan mereka supaya bersetuju dengan penyenaraian FGV.

Mazlan memberitahu pemberita demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada ANGKASA di Kelana Jaya hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS