Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NFC nafi RM250 juta diterima sebelum kontrak dimeterai
Diterbitkan:  Jan 17, 2012 12:18 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) menjelaskan bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007 dan sekali gus mempertikaikan dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

"Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini menjelaskan bahawa perjanjian pinjaman antara kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd telah ditandatangani pada 6 Disember, 2007 dan bukannya pada tahun 2010 seperti yang tersilap dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Pengeluaran pertama wang sebanyak RM7 juta dibuat pada Januari 2008. Ini mematuhi prosedur yang betul," kata NFC dalam satu kenyataan media hari ini melalui agensi syarikat perhubungan awamnya.

"Mulai tahun ini, NFCorp akan mula membayar balik pinjamannya seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman," katanya.

November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal-siasat  beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian, pihaknya  mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.

Azmi berkata masalah lain dengan NFC yang dikesan oleh PAC, adalah termasuk pengurusan yang lemah, kelewatan dalam memberikan kelulusan dan perubahan dalam matlamat syarikat.

[Baca berita penuh]

ADS