Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Rakyat sanggup tunggu demi pembaharuan

Pembaharuan kebebasan sivil di negara ini akan mengambil masa tetapi kebanyakan rakyat sanggup menunggu kerajaan melaksanakannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin "Jika kita bercakap tentang undang-undang baru yang kita kemukakan, transformasi yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kita perlu imbangi antara kepentingan negara dan keselamatan negara, hak dan kebebasan.

"Ini mengambil masa, dan saya percaya majoriti rakyat Malaysia sanggup memberikan kita masa," katanya pada sidang media selepas Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di Kuala Lumpur, petang semalam.

"Tujuannya adalah melakukan apa yang betul dan rakyat tidak perlu membayar kos seperti yang terpaksa dilalui oleh Jepun adalah sesuatu yang bernilai dan usaha yang baik," katanya.

Hishammuddin merujuk kepada pertumpahan darah yang terpaksa dilalui Jepun semasa Perang Dunia Kedua sebelum negara itu berjaya beralih menjadi masyarakat moden.

Walaupun negara sedang dalam peralihan, Hishammuddin berkata Malaysia tidak menyaksikan sebarang pertumpahan darah mahupun rusuhan di jalanan.

"Kita beri ruang kepada diri kita untuk menyesuaikan diri dengan peralihan tetapi saya percaya ia memerlukan banyak kesabaran dan juga keberanian."

[Baca berita penuh]

ADS