Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wikipedia, Google protes undang-undang Internet
Diterbitkan:  Jan 18, 2012 3:42 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Wikipedia gelap seketika manakala Google pula mengeluarkan logo dan laman web popular lain yang merancang protes hari ini menyuarakan kebimbangan mengenai rang undang-undang yang cuba dibawa oleh Kongres Amerika Syarikat yang bertujuan menyekat cetak rompak internet.

azlan Wikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya dalam baghasa Inggeris selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA)

Draf undang-undang titu bagaimanapun mendapat sokongan daripada Hollywood, industri muzik, Business Software Alliance, Persatuan Kebangsaan Pengilang dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat.

Namun ia dibidas oleh pertubuhan yang memperjuangkan hak digital dan kebebasan bersuara kerana didakwa merintis jalan bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menutup laman web yang dituduh melakukan cetak rompak di internet, termasuk laman asing, tanpa proses yang sewajarnya.

[Baca berita penuh]

 

ADS