Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat
Diterbitkan:  Jan 18, 2012 4:18 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin ( bawah ) berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.

NONE "Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".

Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.

Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.

Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".

"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.

"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu.

ADS