Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isytihar harta: Lim mahu firma audit bukan SPRM
Diterbitkan:  Jan 19, 2012 5:10 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Harta dan aset menteri kabinet dan dan ahli keluarga terdekat mereka perlu disahkan oleh juruaudit bebas dan bukannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan eng Menurut Lim, beliau memahami kebimbangan yang diluahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung keselamatan pemegang jawatan awam dan keluarga mereka jika terpaksa mengisytiharkan harta kepada khalayak ramai.

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya pemegang jawatan awam - menteri kabinet dan ahli-ahli exco - perlu mengisytiharkan aset mereka kepada firma audit yang bebas dan bukannya kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, SPRM akan terus dilihat sebagai alat BN yang cuba digunakan bagi menyelamatkan ahli-ahli politik mereka.

"Kita telah membuat laporan yang tidak terkira banyaknya kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

"SPRM sepatutnya dinamakan Suruhanjaya Penutup Rasuah Malaysia," sindirnya.

[Baca berita penuh]

ADS