Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tampil bertemu masyarakat Cina dengan membahasakan dirinya sebagai "Ah Jib Gor" atau "abang Najib" sambil memberikan "ang pow" besar kepada sebuah sekolah Cina di di ibu negara.

NONE Ang pow RM2.5 juta untuk pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa itu diberikan sempena kedatangan Tahun Baru Cina Isnin depan supaya tiada lagi bangunan yang dianggap berstatus heritage (warisan).

"Saya sudah ada Facebook baru dalam bahasa Mandarin, Ah Jib Gor. Dalam tiga hari sudah ada 12,000 (pengikut).

"Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi akan bertambah lagi penyokong Ah Jib Gor. Jadi sebagai Ah Jib Gor, saya kena bagi ang pow besarlah pada sekolah ini.

"Jadi ang pow saya bernilai 2.5 juta," katanya disambut tepukan gemurah pelajar sekolah dan penduduk setempat.

NONE Najib mula mempopularkan gelaran Ah Jib Gor apabila melancarkan akaun Facebook baru berbahasa Mandarin bermula Isnin lalu sebagai pelengkap kepada laman sosial sedia ada.

Setiausaha politiknya Wong Nai Chee dilaporkan berkata, pihaknya mahu lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat melalui Facebook yang hanya menyentuh hobi Najib dan perkara yang apolitikal.

Dalam ucapannya dalam majlis penuh warna warni - dengan tarian naga dan persembahan pancaragam - Najib berharap sekolah tersebut akan lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahun naga baik untuk p'raya

"En Chai all right ? Bangunan baru akan jadi kenyataan dan realiti tidak lama lagi," katanya sambil menyapa pengetua sekolah itu yang kelihatan tersenyum.

NONE "Inilah usaha kita yang ikhlas kepada masyarakat kaum Cina. Dan saya dapat tahu budak-budak Melayu pun ada (di sini)."

Sementara itu, perdana menteri juga meluluskan pelepasan cukai kepada penderma sekolah itu supaya pembangunan pendidikannya dapat berkembang lebih baik.

"Saya sudah umum dalam bajet, jadi cuma pelaksanaannya saja. Tak jadi masalah. Jadi Ah Jib Gor dah bagi ang pow besar," katanya yang kerap menggunakan gelaran yang baru dipopularkan di alam maya itu.

Secara bergurau, Najib berkata, sempenan Tahun Baru Cina - tahun Naga - yang akan datang, beliau berharap ia menjadi tahun yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

"Mudah-mudahan tahun naga ini tahun yang beruntung. Tahun naga tahun baik untuk buat pilihan raya. Ataupun tahun depan," katanya sambil tersenyum.

N NONE ajib hari ini dalam rangka turun padang di kawasan pembangkang, termasuk Wangsa Maju, Bantar Tun Razak dan Lembah Pandai. Beliau sebelum itu melawat kampung Melayu berdekatan sekolah tersebut, Kampung Puah Lembah.

Turut mengiringinya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

ADS