Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Shamsubahrin Ismail, yang sebelum ini didakwa menipu pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan berasingan menipu, yang tidak berkaitan dengan kontroversi NFC.

Ahli perniagaan berusia 45 itu, didakwa di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, di mana dia sedang menjalani rawatan bagi komplikasi kesihatan.

NONE Pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

dengan tuduhan menipu seorang pemandu teksi dengan membuatnya melabur RM90,000 dalam syarikat yang tidak wujud.

Shamsubahrin (kiri - duduk di katil) berdepan dengan hukuman tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada 10 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dia juga boleh dihukum denda jika sabit kesalahan.

Ikat jamin ditetapkan sebanyak RM9,000 dan kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 27 Februari.

Menurut peguamnya, N Surendran, Shamsubahrin ditangkap semula pada 19 Januari selepas keluarganya membayar ikatjamin sebanyak RM300,000 tiga minggu selepas dia didakwa menipu pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta.

Sebelum itu, Surendran, yang juga naib presiden PKR, memberitahu pemberita bahawa tertuduh mempunyai maklumat mengenai NFC dan berjanji akan membuat lagi pendedahan.

Turut hadir ialah ahli jawatankuasa PKR pusat Latheefa Koya, yang berkata pihak prihatin terhadap keselamatan ahli perniagaan itu.

Tuduhan kedua

Tidak sampai 45 minit kemudian, pada jam 11 pagi, Shamsubahrin dikenakan satu lagi pertuduhan menipu, apabila seorang lagi majistret dari mahkamah Shah Alam, Noor Kamilah Aziz, tiba di hospital.

Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dengan tuduhan tidak menyediakan seorang pembantu rumah kepada seorang individu, yang telah membayar RM13,000.

Dia berdepan dengan hukuman maksimum lima tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin tidak mengaku bersalah dan majistret menetapkan ikatjamin sebanyak RM2,000, dengan tarikh sebutan ditetapkan pada 1 Mac.

[Baca berita penuh]

ADS