Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda DAP Pulau Pinang pula bidas MB Kedah
Diterbitkan:  Jan 30, 2012 1:37 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Kerajaan Kedah pimpinan PAS kini menghadapi serangan daripada rakan sejawatnya DAP ekoran tindakan universiti miliknya Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya.

B australian councillors on psm six 240711 steven sim endahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim ( kanan ) berkata, Pakatan Rakyat menegaskan dasar bersama mereka dalam Buku Jingga, yang menurutnya digubal berdasarkan hasrat rakyat Malaysia selepas hampir 50 tahun bawah pemerintahan BN.

Dasar itu termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.

"Menentang undang-undang tidak hadir ini selari dengan perjuangan tiga anggota gabungan (Pakatan) selama ini."

Sim yang juga ahli majlis Seberang Jaya berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.

[Baca berita penuh]

ADS