Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR memberikan dua minggu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan dan mendakwa Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail atas dakwaan terlibat dengan rasuah.

Sekiranya gagal, PKR mengugut akan mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat kemungkinan SPRM melindungi NFC.

NONE “Sekiranya tidak dapat menyiasat secara bebas, kami akan panggil RCI, ini kerana melibatkan dana awam.

“Persoalannya, sehingga kini tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap Datuk Salleh,” ujarnya.

Bagi membuktikan bahawa mereka serius, ahli parlimen Subang R Sivarasa dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini membuat laporan di pejabat SPRM di Kuala Lumpur.

Laporan itu berdasarkan dakwaan oleh ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang mendakwa bahawa suami Menteri Wanita, Keluarga dan Permbangunan Masyarakat - Datuk Mohamad Salleh Ismail yang juga pengerusi NFC memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.

“Hari ini kami berdua membuat laporan kepada SPRM berdasarkan laporan polis Shamsubahrin mengatakan Datuk Salleh menekannya melalui SMS dan panggilan untuk merasuah polis bagi menutup kes NFC.

“Ini bukan tuduhan liar daripada Shamsubahrin kepada Datuk Salleh kerana ada bukti berdasarkan laporan itu,” kata Sivarasa semasa sidang media selepas membuat laporan berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS