Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Orang Asli, Melayu nenek moyang orang Asia Timur: Pengkaji

Seorang pengkaji asal-usul bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman hari ini berkata kajian arkeologi dan genetik boleh menunjukkan bahawa golongan Orang Asli yang tinggal di Pentas Sunda merupakan nenek moyang kepada masyarakat Asia Timur masa kini.

Dalam pembentangan videonya di satu persidangan di ibunegara hari ini, Zaharah menunjukkan bahawa penduduk di Pentas Sunda itu berjaya menyelamatkan diri daripada letusan besar gunung berapi Toba pada 75,000 tahun dahulu.

Penduduk seramai kira-kira 10,000 itu dan berjaya menyelamatkan diri kerana berada di Pentas Sunda – yang kini membentuk Asia Tenggara.

Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia, bermula 16,000 tahun kemudian akibat pemanasan dunia.

Pemanasan dunia itu menyebabkan Pentas Sunda berpecah kepada kepulauan, menurut beliau lagi.

Teori berkenaan sekali gus menafikan satu lagi teori yang timbul sebelum ini bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau dari kalangan penanam padi Taiwan yang berhijrah ke kepulauan ini.

Teori ini disokong oleh pakar antropologi genetik Dr Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asli berasal dari Asia Tenggara.

Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu.

Nota: Pembetulan telah dibuat pada berita di atas berdasarkan penjelasan daripada Dr Stephen Oppenheimer.

[Baca berita penuh]

ADS