Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ancaman CUEPACS: KSN setuju lantik 3 lagi
Diterbitkan:  Feb 1, 2012 10:26 AM
Dikemaskini: 2:33 AM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhirnya akur dengan tuntutan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan melantik tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

NONE Beliau dipetik Bernama sebagai berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib

Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.

"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena menyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya.

Isnin lalu CUEPACS mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula itu jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik.

Sebaliknya, presidennya, Datuk Omar Osman berkata mereka akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan.

NONE Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada perdana menteri.

Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng danSetiausaha Kewangan Jaafar Mansor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS