Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Provokasi cuba lagakan sentimen kaum, agama
Diterbitkan:  Feb 1, 2012 1:32 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

DAP hari ini mengecam hebat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang meninggalkan  kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Rawang, Selangor, semalam.

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan eng Menurut setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng, perbuatan itu “tindakan yang tidak sensitif, pengecut dan provokasi “ yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.

“DAP mengecam hebat insiden ini dan berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini yang bertentangan dengan sifat masyarakat kita yang aman dan berbilang budaya.

“Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat,” kata Lim pada satu kenyataan akhbarnya hari ini.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, pihak yang melakukan objektif jahat oleh mereka yang melakukan tindakan provokatif itu  tidak akan tercapai kerana rakyat Malaysia bukan sahaja sudah biasa hidup bersama malah suka meraikan kepelbagaian budaya dan agama di negara kita.

Bersatu kutuk tindakan

“Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau,” katanya.

NONE Semalam, menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis tidak mempunyai sebarang suspek lagi.

Lim juga mahu semua pihak supaya bersatu untuk mengutuk tindakan itu.

“Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya lagi.

ADS