Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA janji tak ulangi kesilapan 'ang pow putih'
Diterbitkan:  Feb 1, 2012 4:55 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian 'ang pow putih' dan berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang.

NONE Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata episod itu telah satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensetiviti budaya kaum tertentu.

“PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.

“Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Hassan, PERKASA juga menghormati dan bersetuju dengan ulasan Ketua Pemuda MCA Datuk Wong Ka Siong supaya setiap kaum peka dan sensitif akan budaya kaum yang lain.

“Bagaimana pun PERKASA juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan sahaja ditujukan pada PERKASA dan NGO Melayu (sahaja), tetapi juga kepada NGO atau pihak-pihak lain kaumnya sendiri juga.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3 “Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka,” katanya.

Menurut Syed Hassan lagi, PERKASA melihat komen Wee itu sebagai sesuatu yang sihat untuk  tidak mengeruhkan lagi isu berkenaan.

“PERKASA harap ia selesai. PERKASA mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ang pow sampul putih itu dan akan pastikan ia tidak berulang lagi.”

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan ang pow putih yang melambangkan ‘kematian’ mengikut budaya Cina mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan.

“Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.

najib moderate appeal 250112 front "Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial,” tulis Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”.

PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya Datuk Ibrahim Ali mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29 Januari.

ADS