Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Pihak pertikai KUIN tak faham undang-undang
Diterbitkan:  Feb 1, 2012 5:41 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti  (KUIN) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03 Azizan yang juga Pengerusi KUIN menjelaskan, tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menjelaskan perkara itu lagi.

"(Pengurusan KUIN) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan.

“Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya.

NONE Katanya lagi, difahamkan KUIN telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi di Alor Setar.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS