Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lynas diberi lesen TOL untuk mula beroperasi
Diterbitkan:  Feb 2, 2012 7:42 AM
Dikemaskini: Feb 2, 2012 12:24 AM

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha eksekutif lembaga itu, AELB pada  mesyuarat 30 Jan telah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada AELB dan memutuskan untuk meluluskan permohonan lesen TOL.

NONE Lesen berkenaan akan membolehkan Lynas untuk memulakan operasi memproses nadir bumi di lojinya yang sudah hampir siap. Sepanjang dua tahun lesen TOL itu, Lynas dikatakan akan berada di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan dengan batasan tertentu mengenai kapasiti pengeluaran.

Walau bagaimanapun, kelulusan itu diberikan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.

  • pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);
  • pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira  hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.
  • pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.
  • Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.
  • Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

Kontraktor tarik diri

Pusat memproses bahan nadir bumi di Pahang itu akan menjadi antara pusat di luar China. Logam berkenaan akan digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi bermula dari peluru berpandu untuk telefon bimbit.

NONE Lynas telah memberi jaminan bahawa pusat di Pahang yang akan memproses bahan nadir bumi yang diimport dari Australia adalah selamat, tetapi pengkritik tetap tidak berpuas hati dan berkata sisa radioaktif boleh terlepas dan mengancam keselamatan rakyat serta alam sekitar.

Kerja memproses yang pada asalnya ditetapkan untuk bermula pada suku ketiga tahun 2011.

Bagaimapun akibat bantahan daripada rakyat pelbagai latar pada Oktober tahun lalu di Kuantan, kira-kira 18 kilometer dari tapak kilang, tergendala seketika.

NONE Kelulusan untuk Lynas beroperasi diberikan di sebalik berita bahawa kilang RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Ini berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda -  firma AkzoNobel dari projek tersebut.

Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh  pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis.

AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan.

NONE Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius.

Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil.

[Baca berita penuh]

ADS