Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiew akan letak jawatan untuk lindungi MCA
Diterbitkan:  Feb 2, 2012 11:25 PM
Dikemaskini: 11:27 PM

Pengerusi MCA cawangan Sri Desa, Collin Tiew hari ini mengumumkan keputusannya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti itu berikutan penglibatannya dalam kontroversi penggunaan sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pada 29 Januari lalu.

Tiew berkata beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat MCA esok, atas alasan beliau tidak aktif dalam parti.

"Saya telah lama memikirkan untuk berhenti. Saya tidak mempunyai cita-cita politik dan saya bukan seorang ahli yang aktif," katanya.

NONE Tiew membuat pengumuman secara mendadak itu dengan mendekati tiga wartawan sejam selepas beliau selesai bercakap dalam satu sidang akhbar selama 90 minit untuk menjelaskan bagaimana beliau terbabit dalam kontroversi tersebut.

Tiga wartawan berkenaan sedang menghantar laporan mereka di tempat sidang akhbar tersebut, manakala yang lainnya telah meninggalkan tempat itu. Tiew berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada media lain kemudian.

Tiew menjadi tumpuan selepas beliau membawa kira-kira 50 orang menghadiri majlis Tahun Baru Cina PERKASA pada 29 Januari lalu, di mana sampul putih yang berisi wang diedarkan dan bukan ang pau seperti tradisinya (dalam sampul merah).

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3 Budaya Cina menetapkan bahawa sampul putih dikhususnya untuk upacara pengebumian dan Tiew dikritik kerana mengiringi presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengagihkan sampul putih berisi wang itu, sertai menaiki pentas untuk menterjemahkan ucapannya.

Tiew berkata beliau menghadiri acara tersebut sebagai pemimpin kumpulan kebajikan dan MCA tidak perlu diheret ke dalam kontroversi.

"Mengapa heret MCA dalam isu ini? Saya tak pernah memperkenalkan diri saya sebagai pengerusi MCA cawangan setiap kali saya berbuat sesuatu," katanya.

Dalam sidang akhbar sebelum ini, Tiew berkata beliau menyertai MCA supaya lebih mudah baginya melakukan kerja-kerja kebajikan.

"Saya jarang menghadiri aktiviti cawangan atau mengikuti perkembangan politik," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS