Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli politik diminta tak campur urusan Thaipusam
Diterbitkan:  Feb 3, 2012 4:21 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Ahli politik di Pulau Pinang diminta supaya tidak mencampuri keputusan Jawatankuasa Pengurusan Kuil  Balathandayuthapani Waterfall yang mahu melaksanakan sistem muzik dan  lagu keagamaan secara berpusat pada perayaan Thaipusam Selasa ini.

 

Pengerusi Majlis Belia India  Malaysia (MIYC) Pulau Pinang M Reghu Devan Lopez berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan campur tangan ahli politik berkenaan dalam keputusan yang sudahpun dibuat demi keharmonian sambutan berkenaan.

    

"Kami terkejut apabila beberapa hari lepas, kami dimaklumkan  sistem muzik berpusat tidak dapat dilaksanakan kerana ada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mencampuri hal berkenaan.

        

"Tindakan itu sangat menghairankan. Agama dan politik adalah dua perkara berbeza, mengapa ia perlu diganggu," katanya dalam sidang akhbar di Butterworth hari ini.

    

Yang turut hadir di sidang akhbar itu ialah Pengerusi Persatuan  Hindu Sangam (MHS) Pulau Pinang G Shanmuganathan, Pengerusi Pertubuhan  Hindudharma Malaysia (MHM) Pulau Pinang V Nanda Kumar, dan Pengerusi  Kelab Sukan dan Rekreasi India Negeri Pulau Pinang (PISRC) M Karthi.

Lopez berkata pihaknya mahu sistem lagu berpusat itu dilaksanakan pada sambutan Thaipusam 7 Februari ini bagi memastikan hanya lagu keagamaan Hindu sahaja dimainkan pada perayaan keagamaan itu dan  bukannya lagu artis India tempatan ataupun luar negara.

    

"Kami mahu sistem berpusat  terbabit dilaksanakan seperti yang dipersetujui jawatankuasa pada 18  Januari  lalu kerana mahu menjaga keharmonian dalam perayaan Thaipusam," katanya.

- Bernama    


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS