Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu: PAS sedia tawar kerusi kepada Zaid
Diterbitkan:  Feb 5, 2012 9:52 AM
Dikemaskini: 2:01 AM

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan PAS sedia menawarkan kerusi parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabu Memetik kenyataan dari Mohamad Sabu, akhbar milik Umno itu berkata timbalan presiden PAS itu akan berbincang mengenai tawaran kepada presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.

"Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya.

Khamis lalu, Zaid mengumumkan bahawa parti yang diterajuinya selepas berselisih dengan PKR akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa KITA yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau dilaporkan berkata, pembubaran itu perlu bagi 'menghapuskan segala keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang' dan juga setelah sedar bahawa penubuhan KITA adalah 'satu kesilapan'.

NONE Utusan juga melaporkan Mohamad atau lebih popular dengan nama Mat Sabu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan PAS Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid.

"Saya gembira apabila KITA hendak dibubar dan ke mana arah tuju Zaid selepas kini kita serah kepada dia sendiri dan terserahlah kepada Wan Rahim dan Pas Kota Bharu untuk langkah seterusnya," katanya.

Mat Sabu juga dilaporkan meminta petugas dan penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan semua 60 kerusi parlimen yang dituntut PAS bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan dan kabinet sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

NONE "Sekarang ini kita berada nombor tiga dengan 22 kerusi parlimen berbanding DAP 28 kerusi dan PKR  dengan 31 kerusi.

"Sampai bila kita mahu jadi parti nombor tiga? Kita kena berusaha menjadi parti nombor satu baharulah boleh kita demand jawatan-jawatan menteri kanan," katanya lagi petik akhbar Umno itu.

ADS