Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai
Diterbitkan:  Feb 5, 2012 11:47 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju perumahan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai," katanya kepada Bernama.

Kamarul berkata, SPNB bagaimanapun akan meneruskan pembangunan projek terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir, kedua-duanya di Johor, mulai Mac ini.

Kedua-dua projek itu terbengkalai sejak 2005.

 - Bernama

ADS