Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: Hasan berubah bila saya tak sokong dia jadi MB
Diterbitkan:  Feb 9, 2012 1:43 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Bekas exco kerajaan Selangor dan bekas pesuruhjaya PAS negeri Datuk Hasan Ali berubah selepas ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak menyokongnya untuk menjadi menteri besar negeri itu.

Dalam tulisan di blognya, Khalid menyifatkan Hasan menjadi 'meroyan dan meracau' dengan menyerang pimpinan PAS, Pakatan Rakyat dan dirinya (Khalid) serta mendakwa perjuangan parti itu sudah tersasar selepas pemecatannya.

Ahli parlimen Shah Alam itu berkata Hasan bersikap seperti 'gila talak' serangan berterusannya terhadap dirinya (Khalid), PAS dan Pakatan Rakyat.

NONE Mengimbau sejarah perkenalan mereka, Khalid berkata beliau

antara yang gembira dengan kemasukan Hasan (kanan) dalam PAS pada 1998 serta menyokongnya sehingga dilantik menjadi pesuruhjaya PAS negeri dan beliau (Khalid) pernah menjadi timbalannya.

"Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan Umno yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai menteri besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh Umno.

"Ketika usaha kerjasama dengan Umno dijalankan, Hasan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke mukanya, “Tan Sri Abdul Khalid”.

"Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya," katanya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula saat itu, hubungan mereka "sudah mula berubah dan Hasan Ali mula membawa agenda tersendiri" dengan menyerang DAP dan PKR serta beliau (Khalid) dipecat sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS pada 2008.

"Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama enam bulan. Hasan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa.

"Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media," tulis Khalid lagi.

[Baca berita penuh]

ADS